Perang Dunia II Erwin_Rommel

Poland, 1939

Pada musim luruh 1938, Hitler telah memilih Rommel untuk memimpin unit tentera yang ditugaskan untuk melindunginya (Hitler) semasa lawatan beliau ke Czechoslovakia yang diduduki oleh Jerman. Sejurus sebelum serangan terhadap Poland, Rommel dinaikkan pangkat kepada Mejar Jeneral dan dilantik sebagai Pegawai Pemerintah Führer-Begleitbattalion yang bertanggungjawab terhadap keselamatan ibu pejabat bergerak Adolf Hitler semasa kempen tersebut.

Perancis, 1940

Pada 1940, hanya tiga bulan sebelum serangan terhadap Perancis, Rommel dilantik sebagai Pemerintah Divisyen Ke-7 Panzer, yang diberi gelaran Gespenster-Division ("Divisyen Hantu", oleh kerana kepantasan dan kejutan yang dapat dicapai oleh divisyen tersebut sehinggakan Pemerintah Tertinggi Jerman tidak mengetahui di mana Divisyen tersebut berada), untuk Fall Gelb ("Kes Kuning"), nama kod bagi serangan terhadap Perancis dan Negara-negara Rendah (Low Countries). Agak luar biasa kerana ini kali pertama Rommel memerintah sebuah unit Panzer. Beliau menunjukkan kemahirannya dalam operasi ini, mematahkan cubaan serang balas BEF (Pasukan Ekspedisi British) dalam Pertempuran Arras. Divisyen Ke-7 Panzer merupakan salah satu unit Jerman yang sampai ke Selat Inggeris (pada 10 Jun) dan kemudiannya menawan pelabuhan Cherbourg yang penting (19 Jun). Sebagai penghargaan, Rommel telah dinaikkan pangkat dan dilantik untuk mengelapai Divisyen Ringan Ke-5 (kemudiannya disusun semula dan dinamakan Divisyen Ke-21 Panzer) dan Divisyen Ke-15 Panzer, yang dihantar ke Libya pada awal 1941 untuk memberi bantuan kepada tentera Itali yang kalah dan patah semangat. Kedua-dua divisyen ini membentuk Kor Afrika Jerman. Di Afrika, Rommel telah mendapat kemahsyurannya yang terhebat sebagai komander .

Afrika, 1941-43

Rommel telah menghabisan kebanyakan tahun 1941 untuk membina organisasi dan menyusun semula unit-unit tentera Itali, yang kalah beberapa kali di tangan pasukan Komanwel British yang dipimpin oleh Mejar General Richard O'Connor. Sebuah serangan yang dilancarkan telah berjaya mengusir angkatan Berikat dari Libya; namun begitu serangan tersebut terhenti tidak jauh di dalan sempadan Mesir. Walaupun dikepung, pelabuhan penting Tobruk masih di dalam tangan tentera Berikat di bawah pimpinan seorang jeneral Australia, Leslie Morshead. Panglima Besar Tentera Berikat di Afrika, Jeneral Archibald Wavell telah membuat dua cubaan gagal untuk membebaskan Tobruk (Operasi Brevity and Operasi Battleaxe. Kedua-dua operasi tersebut gagal.

Berikutan kegagalan Operasi Battleaxe yang merugikan tentera Berikat, Waell telah diganti oleh Panglima Besar India, Jeneral Claude Auchinleck. Auchinleck telah melancarkan serangan besar untuk membebaskan Tobruk (Operasi Crusader) yang kemudiannya berjaya. Kekeliruan yang diakibatkan oleh Operasi Crusader telah menyebabkan Rommel dan pegawai-pegawainya beberapa kali berada di belakang barisan British. Dalam satu peristiwa, beliau masuk ke dalam sebuah hospital untuk askar New Zealand - masih di bawah kawalan British. "Beliau bertanya jika apa-apa diperlukan, berjanji untuk memberi bekalan ubatan dan meninggalkan tempat tersebut tanpa dihalang." - (The Rommel Papers, bab 8 oleh General Fritz Bayerlein.)

Operasi Crusdaer merupakan satu kekalahan buat Rommel. Selepas berlakunya pertempuran selama beberapa minggu, Rommel mengarahkan kesemua pasukan tenteranya berundur dari kawasan sekeliling Tobruk (7 Disember, 1941) dan pasukan ini telah berundur ke El Agheila. Tentera British mengikuti langkah mereka dan cuba untuk memintas tentera Jerman yang sedang berundur, seperti yang telah dilakukan oleh mereka pada 1940. Namun begitu, Rommel telah melancarkan serangan balas pada 20 Januari 1942 dan berjaya mengalahkan pasukan British. Kor Afrika menawan Benghazi dan tentera British berundur balik ke kawasan Tobruk dan mula membina kedudukan pertahanan.

Pasukan tentera Rommel mula menyerang pada awal musim panas 1942 (24 Mei 1942). Dengan menggunakan taktik blitzkrieg, Rommel telah melepasi rusuk tentera British di Gazala, mengelilingi dan menawan pertahanan di Bir Hakeim dan memaksa pasukan British untuk berundur dengan segera, yang digelar "Gazala Gallop" ,untuk mengelak daripada terputus hubungan dengan bala tentera utama. Tobruk yang kini terasing merupakan satu-satunya penghalang Kor Afrika daripada menawan Mesir. Pada 21 Jun 1942, selepas serangan gabungan yang teratur dan sengit, bandar tersebut menyerah kalah bersama 33,000 askar yang mempertahankannya. Jumlah ini hanya diatasi oleh bilangan askar British dan Komanwel yang menyerah diri semasa kejatuhan Singapura. Dalam masa beberapa minggu, tentera British telah dipaksa berundur jauh ke dalam Mesir.

Serangan Rommel akhirnya dihentikan di sebuah bandar landasan keretapi El Alamein, hanya 60 batu daripada Alexandria. Rommel kalah dalam Pertempuran El Alamein Pertama hanya kerana gabungan masaalah bekalan (disebabkan oleh pemintasan RAF dan RN, yang dibantu oleh Ultra) dan taktik British yang dipertingkatkan. Britain, dengan belakangnya pada dinding, amat dekat dengan bekalan mereka dan mempunyai tentera baru sedia untuk mengugukuhkan kedudukannya. Taktik Auchinleck untuk menyerang secara berterusan pasukan Itali yang lebih lemah semasa pertempuran memaksa Rommel untuk menggunakan Afrika Korps berperanan sebagai "pasukan bomba" dan menyerahkan kepimpinan kepada Auchinleck. Rommel sekali lagi cuba memutuskan barisan British semasa Pertempuran Alam Halfa. Dia dihentikan secara muktamad oleh komander Berikat yang baru sampai, Leftenan Jeneral Bernard Montgomery, yang mencapai kelebihan bahan sumber.

Dengan pasukan Berikat dari Malta memintas bekalannya dari laut, dan jarak jauh mereka terpaksa lalui merentasi gurun, Rommel tidak dapat mengekalkan kedudukan di El Alamein selamanya. Bagaimanapun, ia masih memerlukan pertempuran besar-besaran, Pertempuran El Alamein Kedua, untuk memaksa pasukannya berundur. Selepas kekalahan di El Alamein, walaupun dengan gesaan dari Hitler dan Mussolini, pasukan Rommel tidak lagi berhenti dan bertempur sehingga mereka memasuki Tunisia. Begitupun, pertempuran pertama mereka tidak terhadap Tentera Kelapan British, tetapi terhadap U.S. II Corps. Rommel mengakibatkan kekalahan teruk ke atas pasukan Amerika pada Pertempuran Laluan Kasserine.

Berpusing sekali lagi untuk menghadapi pasukan Komanwel British di baris pertahanan sempadan lama Perancis di Garis Mareth, Rommel hanya mampu melewatkan sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Ultra merupakan faktor utama yang membawa kepada kekalahan pasukannya. Beliau meninggalkan Afrika selepas jatuh sakit, dan orang bawahannya yang pernah dipimpin olehnya akhirnya menjadi tahanan perang.

Beberapa ahli sejarah membandingkan pengunduran tentera Rommel kembali ke Tunisia bertentangan dengan impian Hitler bagi kejayaan yang lebih hebat lagi berbanding penaklukan Tobruknya (dalam perbezaan yang amat jelas dari nasib yang di alamai oleh Tentera Ke 6 Jerman dalam Pertempuran Stalingrad di bawah pimpinan Friedrich Paulus yang mempertahankan kedudukannya dan akhirnya dihapuskan).

Dalam tempoh ini, ia dirakamkan bahawa cubaan British yang terdesak gagal untuk menawan Rommel daripada ibu pejabatnya, 250 batu di belakang garisan musuh.

Perancis, 1943-1944

Kembali ke negara Jerman, Rommel untuk tempoh tertentu hampir "menganggur". bagaimanapun, apabila arus perang berubah menentang Jerman, Hitler menjadikan Rommel komander Tentera Kumpulan B, bertanggung jawab bagi mempertahankan pantai Perancis dari pencerobohan tentera Bersekutu yang mungkin. Terkejut dengan keadaan yang beliau temui, langkah pembinaan yang perlahan dan menyedari beliau hanya mempunyai tempoh masa beberapa bulan sahaja sebelum pencerobohan, Rommel meningkatkan kembali usaha membina benteng di seluruh sepanjang pantai Atlantik, di bawah arahannya kerja pembinaan dipertingkatkan dengan pantas, berjuta periuk api di pasang, dan beribu-ribu perangkap kereta kebal dan halangan-halangan telah dibina di pantai dan seluruh desa.

Selepas pertempurannya di Africa, Rommel memutuskan bahawa sebarang pergerakan serangan adalah mustahil akibat kelebihan udara pihak Berikat yang melampau. Dia menegaskan bahawa pasukan kereta kebal patut diagihkan kepada unit kecil dan disimpan di kedudukan terlindung sedekat mungkin dengan garis hadapan, supaya ia tidak perlu bergerak jauh apabila penjajahan bermula. Dia mahukan penjajahan dihentikan terus di persisioran pantai. Bagaimanapun komandernya, Gerd von Rundstedt, merasakan bahawa tiada apa mampu menghentikan penjajahan di pantai kerana kelebihan kuasa tembakan Royal Navy. Dia merasakan kereta kebal patut dibentuk menjadi pasukan besar jauh dipendalaman berhampiran Paris, di mana mereka akan membenarkan tentera Berikat menjulur ke Perancis sebelum memintas mereka. Apabila disuruh memilih, Hitler berdolak-dalih dan kemudiannya memutuskan untuk meletakkannya di tengah-tengah, cukup jauh bagi menjadikannya tidak berguna bagi Rommel, tetapi tidak terlalu jauh bagi rancangan von Rundstedt. Bagaimanapun, rancangan Rommel hampir berjaya.

Semasa D-Day beberapa untu kereta kebal, terutamanya 12th SS Panzer Division, cukup dekat dengan pantai untuk berpeluang menyebabkan keadaan hura-hara yang teruk. Hitler bagaimanapun enggan membebaskan simpanan panzer ini kerana dia percaya bahawa pendaratan Normandy hanyalah helah. Hitler dan the German High Command menjangkakan serangan utama pihak Berikat akan berlaku di Pas de Calais, disebabkan kerana kejayaan kempen berikat rahsia (Operasi Fortitude). Berhadapan dengan hanya serangan Jerman skala kecil, pihak berikat dengan pantas menguasai tapak pendaratan.

Komplot menentang Hitler

Disebabkan kepopularan Rommel dikalangan rakyat Jerman, Hitler memberikannya pilihan untuk membunuh diri dengan cyanide atau berhadapan dengan perbicaraan olok-olok yang memalukan dihadapan Roland Freisler's "People's Court" dan pembunuhan keluarga dan kaki-tangannya. Rommel membunuh diri pada October 14, 1944, dan dikebumikan dengen penuh penghormatan tentera. Selepas perang dairinya diterbitkan sebagai Kertas Rommel.